Saturday, June 5, 2010

KISAH BUDAK PRSKU... BATCH 2009/2010

Emmm baru seelsai tugasan diped ini aku teringat memori bersama budak PRSku sewaktu kami berada di MRSM Bentong. Haziq, fizi, sarjie, aizat, zameer, syarul, liana, syaza, anis, fatihah dan mereka yang sewaku dengannya.... sangat rajin menghidupkan segala aktiviti yang berkaitan dengan pelajar MRSM Bentong. Kini masa berlalu dengan cepat sekali dah hampir setahun lebih budak PRSku ini meniti alam remaja. Sedihnya  kini aku tidak punya ruang masa untuk bergurau senda dengan mereka kerana kini prsku ini bzzzzzzz dengan spm yang akan menjelang tiba. Dahle... baru selesai exam selaras 1 tak tahulah resultnya mcm maner... paling kurang mesti ada yang  fail dalam subjek add math... maklumlah kater mereka susah nak score... oklah aperpun cikgu sentiasa doakan kejayaan kalian moga mencapai result yang paling gempaq untuk spm tahun nie yeeee. Harap jumpa lagi.

KISAH SI AKIEM DAN JIJE.....

Hari ini aku ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada 2 orang anak muridku iaitu akiem dan jijie kerana sanggup bertungkus lumus membantuku dalam penghasilan blog ini. Al maklumlah biler hari bekerja aku sibuk dengan tugasan harian yang dirancang hingga menyebabkan ada masanya aku terlupa dek tugasan dip ed. Tapi akiem dan jijie sentiasa menjadi orang kuatku dan memberi sokongan dalam sama - sama menyiapkan blog ini. Aku sangat kagum dengan kedua anak muridku ini kerana hari terbukti pelajar dari produk institusi pendidikan MARA masih berkualiti dari aspek akademik dan sahsiah diri. Habis prep malam jam 10.30 malam pasti mereka ini akan datang ke rumahku untuk bertanya cikgu dah ader ke bahan nak isi dalam blog.... lantas aku jawab dah ada cumer aku tak ad amasa untuk menulisnya...
Akiem yg aku kenali adalah pelajar yang sentiasa cool,mudah tersenyum dan sentiasa memberi pertolongan apabila diperlukan. Jijie pula adalah salah seorang ahli PRSku batch 09/10 yang paling aktif tahun ini. Ingin sajer aku memberi anugerah pada dirinya kerana giat membuat program kepada semua pelajar ting 1 dan 2 pada hujung minggu dalam menangani isu homesick dan penyesuaian diri.Aper pun jika kamu berdua membaca blog ini thank everything untuk u all berdua. Insya allah blog ini akan terus wujud sampai bila- bila.

Perpindahan MRSM Bentong ke Pekan

Maktab Rendah Sains MARA Bentong telah berpindah ke Pekan, Pahang. Hal ini rentetan daripada tanah runtuh yang telah berlaku pada Disember lalu. kejadian ini menyebabkan struktur tanah bukit tersebut menjadi longgar. Justeru membahayakan keselamatan warga MRSM Bentong secara amnya. Oleh demikian warga MRSM Bentong telah dipindahkan ke MRSM Tun Abdul Razak pada 1 Mei yang lalu. Perpindahan tersebut telah menarik beberapa pihak media termasuklah, Akhbar Sinar Harian dan Berita Harian. Perpindahan ini telah dijalankan dua sesi iaitu, pada hari Sabtu; sesi lelaki dan hari Ahad; sesi perempuan. Namun begitu, kesulitan berlaku pada pelajar-pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur oleh sebab jarak yang agak jauh. Kini, MRSM Tun Abdul Razak telah beroperasi hampir sebulan.