Saturday, June 5, 2010

Perpindahan MRSM Bentong ke Pekan

Maktab Rendah Sains MARA Bentong telah berpindah ke Pekan, Pahang. Hal ini rentetan daripada tanah runtuh yang telah berlaku pada Disember lalu. kejadian ini menyebabkan struktur tanah bukit tersebut menjadi longgar. Justeru membahayakan keselamatan warga MRSM Bentong secara amnya. Oleh demikian warga MRSM Bentong telah dipindahkan ke MRSM Tun Abdul Razak pada 1 Mei yang lalu. Perpindahan tersebut telah menarik beberapa pihak media termasuklah, Akhbar Sinar Harian dan Berita Harian. Perpindahan ini telah dijalankan dua sesi iaitu, pada hari Sabtu; sesi lelaki dan hari Ahad; sesi perempuan. Namun begitu, kesulitan berlaku pada pelajar-pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur oleh sebab jarak yang agak jauh. Kini, MRSM Tun Abdul Razak telah beroperasi hampir sebulan.

No comments:

Post a Comment